Hubungan antara Solat dan Selawat

Dikirim Oktober 4, 2008 oleh Md Ma'az Sallim
Kategori: Uncategorized

Hubungan antara Solat dan Selawat

pernahkah kita terfikir akan kedua-dua syariat ini iaitu solat dan selawat? Sedarkah kita bahawa didalam usaha untuk menjadikan diri kita cemerlang di dunia dan akhirat, perlu pada kedua elemen ini?

Hari ini, akan aku kongsi kepada semua akan apa yang aku faham daripada kedua-dua ini.

Pertama : SOLAT

Solat merupakan satu amalan dimana ia mampu mendekatkan diri dengan yang Maha Esa. Ia juga salah satu cara untuk kita berkomunikasi, berhubungan dengan Tuhan Pencipta kita. Tidak hairanlah ia merupakan tiang agama dan rukun Islam yang kedua dimana ia wajib dilaksanakan dengan penuh ikhlas. Selain itu ia mempunyai banyak hikmah di dalam membentuk individu kearah kecemerlangan.. Seperti melatih seorang itu mengurus masa, berdisiplin, merendah diri dan sebagainya. Selebihnya, anda boleh dapati lebih lanjut mengenai solat di dalam kitab-kitab agama kerana ia lebih banyak dibahaskan.

Namun, di dalam kewajipan solat yang sememangnya khas fokus untuk Allah sahaja, disitu ada selawat dan salam keatas Nabi.. jelas menandakan bahawa kadar ataupun Rasulullah itu penting didalam diri setiap muslim..sehinggakan Allah sendiri sertakan Baginda didalam solat kita.

Terdapat satu riwayat dari Imam Ahmad, Abu Daud, Tabrani, Baihaqi : ” Tidaklah seseorang pon yang memberi ucapan salam kepadaku kecuali Allah kembalikan ruh kepada jasadku supaya aku boleh menjawab salam kepadanya “.

Kedua : Selawat

Selawat merupakan satu perintah yang wajib menurut majoriti ulama. Paling-paling pon sekali seumur hidup. Namun apakah rahsianya selain dari pahala, sembuh penyakit dan sebagainya? Yang lebih utama bagiku ialah mesej disebalik kewajipan ini. Ruh Syariah yang boleh didapati melalui selawat ini adalah salah satu cara untuk kita ‘keep in touch’ dengan Rasulullah.

kita sedar bahawa kalimah syahadah yang berbunyi : “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad persuruh Allah”. akan tetapi sejauh mana penghayatan kita pada setiap kalimah yang diungkapkan itu?

Di dalam ungkapan “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah” sahaja tanpa ” Muhammad Rasulullah” tidak menjadikan seorang itu mukmin muslim. Kita lihat saja agama lain seperti kristian dan Yahudi.. mereka juga mengaku bahawa Allah itu Tuhan mereka Tuhan semesta alam. Tetapi apakah yang membezakan orang Muslim dan yang lain? tidak lain ialah ungkapan “Muhammad Rasulullah” itu sendiri..

Maka, jelas peranan dan sebagai jiwa orang Mukmin tidak boleh sama sekali memisahkan antara Allah dan Rasulnya kerana ia merupakan pokok Tauhid.

Seterusnya dengan memelihara solat dan selawat, sekaligus seorang itu memelihara hubungannya dengan Allah dan Rasulnya..

wallahu warasuluhu a’lam.

Ya Sayyidi Ya Rasulallah …

Dikirim Jun 5, 2008 oleh Md Ma'az Sallim
Kategori: Uncategorized


Wahai Rasulullah….

kegelapan dan kebingungan sering melandaku sebelum mengenalimu…

ucapan syahadah selalu ungkapkan sewaktu solatku…

namun aku alpa dan leka hanya sebutan bukan penentu….

kehadiranmu membawa sinar cahaya kegelapanku…

namamu sering disebut namun tidak ke kalbu….

Wahai Rasulullah…maafkan aku atas kelekaan sewaktu dahulu…

aku sedar betapa hebatnya engkau membuat aku terpaku…

Izinkanlah aku wahai Allah, untuk aku berkongsi kehebatan kekasihMu…

di lelaman yang indah tidak seindah kekasihMu….

“Allahumma Solli ala Sayyidina Muhammad wa ala alihi “


Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.